Sunday, January 9, 2011

Nak Tahu Kenapa Ana Raffali Juara AJL25?

Ok....agak terkejut jugak dengan keputusan AJL tahun ni....
Ape-ape pun tahniah kepada pemenang, rezeki kamu semua tahun ni. Lepas ni tanggungjawab korang sgt besart, kena bekerja dgn lebih keras lg....~

Actually aku tak expect Ana Raffali jadi juara. Tengok performance dia pun aku macam tak best je at first, macam tgh buat magic pun ada.Yang kelakarnye, ade orang cakap ' Ana rafali ni pakai baju mak die ke' hahah. You know who you are...haha

Ramalan aku:
Tempat pertama: Faizal Tahir
Tempat Kedua : A.P.I
Tempat Ketiga : Sofia Jane
Persembahan terbaik :Faizal Tahir, Hanyut
Vokal terbaik : Black


Nasib baik Faizal Tahir menang persembahan terbaik, tak sia sia die terjun dalam air tu.....
And tak sia sia jugak gimik hafis tu...sgt menjadi!! Menang jugakkkk kan~

Keputusan AJL25

Tempat pertama:Ana Rafali ,Tolong Ingatkan Aku
Tempat Kedua :MUH & Black ,Drama King
Tempat Ketiga :Hafiz ,noktah Cinta
Persembahan terbaik: Faizal Tahir ,hanyut
Vokal terbaik:Hafiz

Ape ape pun, tahniah la pada Ana Rafali. Memang ramai yang takleh accept diatas kemenangan nya, termasuk aku. Agak terkejut jugak laa dengar keputusan tadi. Ana Rafali sendiri pasti terkejut, betol tak?Rasanya tak ramai yang tepuk kan? Tapi ,siapalah kita untuk mengadili keputusan juri kan.

Bila diamati lirik lagu ni, agak menarik susunan kata kata disitu.Cuba korang hayati liriknya.....ermmm

Mungkin juri lihat ada kelainan dari segi lirik and susunan muzik , siapa tahu kan?Dari segi vocal, agak out la kot...huhuhu

Semoga tahun ini permulaan yang baik untuk Ana Raffali ...Cantik pun cantik. Ada package la senang citer...ewahhh, pandai plak aku.~


Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita






p/s : Tahun depan sila tukar pengacara AJL. Rasanya tak payah ramai-ramai sangat kot...semak!huhuuuuu~

No comments:

Post a Comment