Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Perhatian: kami Masih Mengambil tempahan Cookies ala ala Famos Amos ya!

pic taken from google :)

Hi All,
saya bukan agent dari famos amos ya.ehe.
Ni nak bg tahu,
kami masih mengambil tempahan untuk sesiapa yang ingin meng-order
cookies ala ala famos amos kami.

ciri-ciri:
*rangup*
*harum*
*tidak terlalu manis*
*brown kaler: banyak coklat chip*

*dark kaler : ada kacang dan tidak pahit sama sekali*

*size: tidak terlalu kecik dan tidak terlalu besar.

Kalau nak size besar boleh request :)*

*berat 400 g*
* harga yg kami offer sangat murahhhh dari pasaran luar,
tak caya sila buat research :D
RM28
satu balang ,
RM55 dua balang

FOC delivery charges di sekitar Bandar Sri permaisuri*


* bila dah rasa sekali, pasti nk order lagi, tak caya order duluuu!! :D*

refer entry2 terdahulu [klik]

kepada bride-to-be diluar sana, jum order untuk wedding favor kamu!!! heee:D




Nak tahu detail /order sila email ke elyaelmo@gmail.com

Wednesday, June 8, 2011

Info untuk Penggemar Cookies ala ala Famos Amos

Makluman untuk semua:
since harga bahan mentah untuk membuat cookies telah naik, maka pihak kami juga memohon maaf kerana harga cookies terpaksa dinaikkan sedikit. Seribu kemaafan dipohon.
Jangan risau!!! dari segi rasa dan kuantitinya tetap sama :)

1 balang RM28, 2 balang RM55
pasaran diluar > RM30
Berat : 400g
Pickup point : KFC depan HUKM or sekitar bandar sri permaisuri

*kalau u guys rase sukar nk pickup, we all can deliver it or pos ( extra charges akan dikenakan)*

Order lebih 10balang, FOC delivery Charges di IOI mall Puchong dan Midvalley (weekend)

Jum order!!! cookies yg sangat Harum!!Rangup!!! Nyum nyummmmm~

InsyaAllah Dijamin sedap!!Dijamin Puas hati!! Dijamin hendak lagi :)


untuk keterangan lanjut :
email : elyaelmo@gmail.com
boleh klik [sini] dan sini [sini] untuk view post2 terdahulu

pos ke kelantan, damansara,putrajaya dan KL


p/s ini bukan biskut raya...raya lambat lagi kan!

Friday, April 29, 2011

PENGUMUMAN untuk B2B

QUOTED FROM FB SRI PAYUNG :

kepada para pelanggan sri payung djemput hadir pada majlis perasmian Product Baru Kami "Laman Sri Payung" Dan "Restoran Asam Pedas" Iaitu pada hari isnin 02/05/2011 jam 8pm-10pm semoga kehadiran tuan/puan /en/cik akan memeriahkan lagi majlis kami. Pakej Lengkap Sri Payung Ini akan Bermula Bulan Mei dan Seterusnyaaaa Tma ksh ( Kad Jemputan Diatas Dan Map Ada Tertera Sekali ).


P/S kak ros sms elya and asked me to invite my family and kwn2 . Mama pun dah excited ni. awal2 dah book kiterang, suruh bawak die gi. huhu.

Jum koranggg makan free! heee.leh kiter try rasa masakan Sri Payung. Sambil2 tu leh tgk2 environment Restoran Asam pedas tu sesuai tak korang buat majlis disana.


Oh ya!Menurut Kak Ros, Restoran tu boleh kita sewa untuk buat Majlis Perkahwinan.eheh....

Tuesday, March 22, 2011

Duit Habis di MyDeal and MilkADeal



skang aku addicted shopping di 2 tempat ni.
best jugak rupanye.
rambang mata.

asal ade new deal..
aku cepat2 usha..
check availability deal tersebut.
kalau best.
terus byr..
so far baru beli 2 deal dari myDeal
baru 2,
itu pun nak kecoh kan!haha



skang tgh usha2 deal di MilkAdeal.
ade package spa yg sgt2 menarik.
tapi redemption period starting 1st april.
aiyokk....nak beli ke tak yeh?
mcm last2 minit sgt tak?
alaa beli je dulu la kot..
nenanti leh guna :D



jum Like page My deal and MilkAdeal

Monday, March 21, 2011

Khas Buat B2B Johor



B2b Johor pernah dengar
Sutera Canopy & Wedding Planner ?
hari tu follow parents ke Johor.
attended wedding sedara.

Lauk Boleh Tahan
bapak aku suka.
ada kambing panggang.
sedapp sgt!
Dessert pun sedap.nyum3.
penanggah hensem2.haha.

try laa test food derang :D

aku tau aku tak membantu sgt.ekekek


for ur reference
selamat mencuba :)

Sunday, March 20, 2011

Selendang Chiffon Beaded For Sale

As per Subject.
one of our BBF member.
Sasha,
nak jual Selendang seperti gamba diatas.
never been used.
color :
white cream
price : bought
...at rm128 (gulati's euro moda)
Her price : rm110 (nego)

Please contact her : love_kazaa@yahoo.com

Friday, March 18, 2011

Perkahwinan Irwansyah & Zaskia Sungkar

*banyak pulak idea nak update hari ni!!hahahaha*

ok.Siapa tak kenal irwansyah kan?eheh...
pernah hot seketika di Malaysia.
ape tajuk lagu duet yg femes tu?
selalu gak nyanyi karoke.
lupe pulak!

Kini dah pun jadi laki org.eheh..
Cantik Isteri dia. Artis juga.

dah lama nampak kat FB mom..baru skang nk update.hihi.
Oficial Photografer di majlis resepsi mereka,
Ministry of Moment.
Wahhh!!hebat jugak op dari Malaysia ni.

Lepas ni, dapat portfolio best2,
jgn mark up harga tinggi tinggi yeh..eheh
jgn marah MOM :D

layan je pic :D



cantik sunting die.



all pictures credit to MOM
Facebook : MOM

Thursday, March 10, 2011

Jom gi Gathering Blogger Bride Forever


sila klik untuk baca!!!!:D


Jommmmmmmmmm join BBF gathering
pada 2 April 2011
(1 week b4 my big day)

bertempat di
Amphitheater Pusat, Taman Botani Shah Alam.
Waktu :
2pm-5pm,
dengan bertemakan
Kesultanan Melayu Melaka.
Bayaran hanya
RM25 shj!!!

bermacam2 Acara,Makanan, gift akan disediakan.
Semua dijemput joinnnnnnnn!!
b2b, ex-b2b...semua lah!
boleh kenal antara satu sama lain.
boleh share2 tips..idea...ape saja...
nak bawak bf/tunang/suami pun boleh!

ade persoalan,
sila emailkan kepada
bbfgathering@yahoo.com

Tarikh tutup pernyertaan:
20 Mac 2011



p/s tak sure lagi dpt join ke tak? klo aku dtg tuk pass kad je boleh tak..uhuu

Wednesday, February 23, 2011

Bahulu dah biasa makan, Bahulu Inti pernah makan tak?

korang pernah makan bahulu kan?
selalu org bg bahulu as wedding gift betol tak?
ehe


source: bahulu

bahulu inti pernah dgr tak?
mungkin korang boleh try bahulu inti ni.
macam menarik pulak aku tgk
inti dalam ada cokelat, blueberry , nenas and stawberry..
nyum nyummm
boleh dijadikan wedding gift jugak.
tapi untuk wedding aku tak order ni pun.ehe.

eh,aku tak pernah try..
just nk share ngn korang je.
sila klik link ni
based dekat gombak tak silap. tak silap aku la yeh.ehe


source: bahulu inti


p/s aku tak dapat ape2 komisen pun ye ..ehe

Thursday, February 10, 2011

White-All Time Favourite

suka nyeeeeeeeeeeeeeee dengan persalinan dibawah ni!!
pakai sunting dikepala.
Kaler Favourite aku. design baju pun cantik.
Ya ampunnn!! mmg impian aku nak pakai macam ni.
serius jatuh cinta wehhhhh!!!
haihh..dah rambang mata nk pilih design baju.

eh, aku dah tuka tema.
aku tak pakai baju warna putih.
nenanti kiter citer part tu k.

source :Rizalman



source :Rizalman


nampak tak bridesmaid pakai baju warna silver/grey.
macam ni la aku nak!!huahuahua~
enrty sebelum ni
cantikkkan!
the bride pakai putih and bridesmaid pakai grey.
nampak kemas je bile baju semua sedondon.
tapi, aku tak dapat sponsorkan kain tuk derang.
ok, takpe dok diam2.
daaaa~








p/s gi terjah blog rizalman tu k. bnyk gamba kt situ :)

Wednesday, February 9, 2011

2011 Wedding Promotion by Hatta Dolmat


i just read this [klik]
sharing is caring kan....
heheh

source :
hatta dolmat



Mencari Supplier Bunga Pahar /Telur Daun Getah



credit to :Bunga telur.com

hi peeps!
cube tenung gamba kat atas tu, cantik kan?hehe...
tu bunga telur/Pahar daun getah.
rasanye diperbuat drpd daun.
elya suke jenis yg ni.
wonder where could i find this bunga telur within price of rm1.00-rm1.50
ramai org jual starting price rm2.
tu pun lokasi bukan dekat kl. ade yg dari kedah, perak, nogori.

pening gak nak cari bunga telur/pahar untuk diletakkan die atas pelamin.
nak cari yang murah2 je.
yang murah2, design pulak takde yg berkenan dihati.
yee aku tau, nk yg cantik kene la korbankan duit sket
ye tak?

tapi tula, aku percaya pasti ade org jual yg cantik2 tapi dalam harga yang murah.
siapa tau dekat mana nak cari?
tulun tulunnnn~

Sunday, February 6, 2011

Walkie Talkie, anyone?



saya nak sewa walkie talkie..
untuk big day saya...
if dah ade benda alah ni,
event manager senang nak communicate dengan semua orang
siapa tahu siapa/ dimana boleh sewa?

lemme know ?

kalau boleh below RM50/pcs.
RM20-RM30 shud be ok.
mail me :
elyaelmo@gmail.com

Tuesday, February 1, 2011

Elmo bukan sebarang Elmo..haha

Maaf dah lama tak update blog. bizi yang amat!!wuhhh~nanti elya update apa yg bizi sgt tu yeh.ngeeee:D
Ni nak jawab tag dari Lisa, cik kitekesitu,Nadya Zahid, Liyana SCR dan Puan xora . Ada yang elya tertinggal tak?nanti bg tau k.kiter kasi edit post :p

1. APAKAH STATUS ANDA?
Status: Tunang kpd tunang sy :D

2. CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA
Saya simple je. suka berkawan dgn ramai org. Tak suka cari pasal dgn org lain. And jgn cuba cari pasal dgn saya. Tahulah akibatnya...haha.


3. CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
motif sy berblog ini untuk berkongsi tentang segala hal termasuklah tentang diri saya, keluarga saya, kekasihati saya, kerjaya saya,tentang bisness sy, tentang Cookies saya dan sedikit tips-tips yang sy ada.senang cerita, blog sy ni macam macam ada lah!:D


4. APA PENDAPAT ANDA TENTANG DUNIA BLOG?
best sgt sgttttt!dapat kenal ramai kawan2 baru.Dapat share2 pendapat, share cerita. Bestttt la!!rugi tak start awal2 masa study dulu....huhuhu~


5. NASIHAT KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BARU NAK BUAT BLOG
aku ni pun baru je lagi dlm dunia blog ni rasanya kurang pandai nak bg nasihat untuk org len..hehe. Tapi satu je la nak bg tau. Buat la blog..alasan tak reti menulis tu ketepikan. Aku dulu pun tak reti nak bercerita. Slowly kiter belajar dr pengalaman kan. Lama2 kang pandai la!hehe.Melalui blog macam2 boleh buat.Just be yourself and be creative itu ajeeee (nasihat kpd diri sndiri juga :D)


6. NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA
kan dah kata . hahah.sini macam macam ada :D


7. SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG
InsyaAllah Sampai bila bila. Selagi aku tak dapat duit 100k dr nuffnang, selagi tu aku nak tulis blog.wahahahaa~


8. TAG 5 ORANG YANG ANDA NAK KENAL

1. Cik Syahirah
2. Cik bell
3. Si kecil
4. Cik rama2
5. Cik Ayu
6. Cik dhya


alamak dah terlebih..Aku tag 6 oranggggg boleh la kan? :D

sila jawabb....:D

Wednesday, January 26, 2011

Terima Kasih Cinta


ececeehh..subject jiwang habes la kan!hheeee
al-kisah,
Dulu-dulu cita-cita aku nk jadi pelakon.ecewahh!
tak kesah la pelakon ape.
pelakon tambahan ke pelakon utama ke.haha.berangan mat jenin!
kata pun berangan mat jenin kan, haruslah tak tercapai.(tapi ade angan2 kite yg tercapai)haha.
tapi, kalau jadi kenyataan kan best.
mesti aku dah berpeleseran dgn nasha aziz, nora danish,fazura,maya karin.
wah!yg hot2 je aku pilih.haha.

abaikan intro di atas .haha

last month kot, ke early this month aku tgk Nasi Lemak Kopi O di TV9.
tetamu undangan: norish karman, tony yusuf ....
Mereka mempromosi kan teater Terima Kasih Cinta.
InsyaAllah akan dipentaskan di Istana Budaya pada 17 Feb - 6 Mac

dengar sinopsis pun mcm best. mcm cerita CINTA, klo tak silap.
Pelakon yg membintangi teater ni pun bukan calang2. semuanya hebat2.
ada norish karman ,Tony Yusuf, Latiff Ibrahim,Safura,
Deja Moss, Faradhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, Vince AF1 .
ok cukup 9 org.
Pelakon tambahan pun ramai.(harus la ramai kan.haha.ape ntah aku repek)

rasa2 nak pergi la.
last teater yg aku tgk pun, P Ramlee The Muzikal.
gila lamaaaakan??!
tapi mcm bizi je nanti. bnyk benda kene settle ni.
plus,masa itu emas. and wang itu belian.
eh mcm tak kene pulakk...
korang yg free, sila la gi.
bg tiket teater ni as a birthday gift untuk yg tersayang ke kan?
moh kiter cepat2 beli ticket. kabarnye cepat sold out.
beli kat sini.
yg ade student card, sila issue kan.




p/s ermmm siapa nak sponsor aku ticket? dapat pahala tau klo tlg org nk kawen ni....hahahaha.....




Monday, January 24, 2011

KARMA??


terbaca di metro...
Jejai dan Fasha sundal eh Fasha Sandha sudah putus...~
tu laa...buat lagi kat org...
skang kene batang hidung sendiri....
mungkin dah takdir kan...~

sama2 la kiter ambil ikhtibar dari cerita mereka
mintak dijauhkan dr segala hal macam ni kan...~


source : myMetro

sambungan : klik sini

Semuanya Sebab Ayu Raudhah and Zaquan

agak dramatic tajuk kali ni...hehe..
Takde..
saja nk share...
Traffic aku mencanak canak dua hari ni..
semuanya sebab Persandingan Ayu Raudhah dan Zaquan..
Tak sia sia aku buat entry khas tuk dorang....huhu
dapat tumpang glemer kejap..hihih

and korang nampak tak, yg aku hilightkan kaler merah tu?

" Kahwin?No way!!! ayu mai "

ntah siapa la yang type keyword macam tu yeh?hahah

ok laa itu jee...
esok update lagi..daaaaa~

Sunday, January 23, 2011

Gavy dah tak terima tempahan Kasot...................!~

seperti title diatas...jgn sentap k...haha
Gavy dah tak terima tempahan Kasot untuk wedding sampai bulan 6 ni..wuuuu :(

Al -kisahnya...~
semalam borak2 ngn member aku, eey tentang wedding preps masing2..

borak punya borak..
tiba2 die mention tentang wedding shoes die
Aku tanya , die tempah dengan siapa, dimana..
ok,
dengan gavy rupanya.

Aku pun cakap ..
' Best nya.. I tak sempat lagi nak gi sana..."

Tiba-tiba dia kata..
"You!! Gavy tak ambik tempahan sampai bulan 6...............!!"

#%^&***%#@^#$&(()%$@

ape perasan korang bila di tempat aku?huhuhu
so,kasot aku macam mana?
kat mana kaki gajah ni nk tempah kasot yg murah....
di ulang ye, yang murah...~
perlu ke aku meroyan sekarangggg?
dah meroyan dah pun......
hahahaha
agak nyesal tak gi usha awal ke situ...

then, aku call kakak butik tu, minta pendapat die.
katanya,
aku leh standby cari kasot kaler silver.
cuz baju aku nnt ade mix dengan silver sikit.
so, silver selamat la sikit.
tapi, still la kan..ermm ermmmm~
redha je la...


tiber2 aku terfikir...
banyak sgt heels aku kene beli..
yang dalam almari kasot tu, ntah nye kan.. nak buatpe la..
membazir!!

kalau aku ni artis, mesti ade org nak beli kan pre-loved shoes aku..haha..
aku dah start merepek.
phewww~
......... .......

so sesiapa nak kawen lepas bulan 6 tu..cecepat la gi servey2 harga and booking dgn Gavy k!
klo nak kawen dalam masa terdekat ni,nak jugak tempah kasot ngn Gavy,
korang leh cuba nasib gi sana terus merayu2untuk booking
mana tahu rezeki kan..
goodluck korang ~


p/s
seperti title diatas...
Kat mana nak tempah Kasot Selain Gavy & Whitelabel shoes?
share share untuk kegunaan bersama..... :D

Saturday, January 22, 2011

Kera Comel di Majlis Persandingan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Hi peeps,
memang takde keje aku asyik buat entry pasal ayu raudhah sampai 2 kali .entry terdahulu.hahaahahah
perlu diingat sharing itu bagus. Menyampaikan sesuatu info itu bagus, tak gitu? haha
ok cukup.merepek merepek.
Difahamkan, photografer untuk majlis di Kedah ni ialah Piccalasso . Maaf aku tak berapa kenal.
Tapi kalau kita tgk pada Fan page dierang agak ramai jugak fans mereka kan.
Ok ok, itu tak penting untuk kita persoalkan

Just nak share ngn korang, ade beberapa menarik gambar masa majlis Ayu Raudhah ni yg diambil dari blog Oh Bulan dan Beautifulnara credit untuk meraka. Mohon share di blog sy ya :)



intro yang sgt comel......
idea yang sungguh menarik.
jarang org guna kera sebagai props untuk memegang cincin.hehe
oh ya!kera ni difahamkan haiwan kesayangan zaquan.comel kottt!!~
lepasni mungkin org akan gune kucing?

burung merpati?hamster?tikus? ape lagi ermm ermmm....~


best nyee..sgt cjinak...
mmg betol2 tido kot yeh?hahaha



suka laa mekap ayu ni..
nampak seksi



arch cantik.konsep garden mungkin?
sy suka veil macam ni.
tapi...hand bouquet awat besar sgt..haha








cantiknyaaaa~
skang terpkir nak pakai crown ke nak pakai bunga...ermmm


last sekali



gambar rozita che wan mesti ada..hehe

itu je kot.daaa..tunggu persandingan belah laki laki pulak

Friday, January 21, 2011

Gambar Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha




Saya bukan peminat Ayu Raudhah mahupun Zaquan Adha..
saja nak tepek gamba mereka berdua disini....haha
Cantik dan kacak pasangan ni kan...
Mekap Ayu Raudhah cantik. Lipstic merah... Nampak seksi...ngeh ngeh negh
Zaquan pula, berbaju melayu, kalau tak silap aku material tu drpada Shantung kan?



pose manja~




Semoga mereka berbahagia selamanya~
Pic credit to : Oh Bulan


siapa tahu siapa designer untuk baju nikah meraka?

p/s maaf iklan jap..siapa mahu order cookies sedap kami [klik]? sy sedang kumpul order untuk diberkan kpd supplier ni.....kalau nak sila email sy ya elyalemo@gmail.com~jgn risau..insyaAllah confirm sedapp!!!