Tuesday, October 19, 2010

Bandung-Jakarta With Love- Day 2



Hi kawan2!!
Masih ingat lagi dgn entry ini? klik dan ini klik ? Kiter sambung balik untuk hari yang seterusnye ok!!
Hari ke 2, kami bangun seawal pagi, bersiap sedia untuk pergi ke Jakarta!! Mahu lihat bandar Macet.hehe.




hotel karmila diwaktu siang



sister


baby-awra hayden suka dia !


Perjalanan makan masa hampir 2 jam. Masing-masing keletihan. Tidur je sepanjang perjalanan tu. Kami tiba di Jakarta lebih kurang dalam pukol 11 pagi waktu Malaysia. Seronok gile bila aku sampai disini. As i mentioned before, dtg ke Jakarta ialah impian ku sewaktu aku study di Uni. So, now dh tercapai.Lepas ni, kite buat impian lain pulak k!!! :D


pemandangan ke Jakarta



bangun2 je, aku nampak pakcik ni pakai helmet macam ni. Lawak ok!hahaha





Mangga Dua!!Shopping Time

Nak dijadikan cerita, kami terus ke Mangga dua. Idea asal, mahu ke Tanah Abang dan Mangga Dua. Tapi disebabkan, untuk menjimatkan masa kakak ku suggest pergi Mangga dua sahaja. Lagi pun, ramai yang kata Tanah Abang bagus kalau kite beli borong atau dalam kuantiti yang banyak ( untuk berniaga). Entah la, aku ikut aje.Yang pasti, aku dah niat dalam hati, aku kene beli jugak doorgift disini.he3. Alhamdulillah....dah dapat apa yang aku mahukan!! Hopefully, tetamu aku akan suka :)



Kalau korang mahu cari doorgift, sila ke lantai bawah (basement floor). Sini banyak pilihan. cantik2 and murah jugak la. Ingat, kena pandai tawar!! Kerana mereka pun bijak bermain dengan Ringgit kita :D



jangan lupa sentiasa bawak mesin kira-kira atau Calculator
(besar aku nye calculatorkan..ha3)



Time ni tgh fikir-fikir berapa ribu...juta...puluh juta kene beli...
lihat tangan kiri ku, masih memegang calculator kan...hahahahaa




Hampir 5 jam di mangga dua, aku happyyyyyyyy!!!~Dah jumpa ape yang aku mahukannn...maaf ya, gamba tak boleh reveal. rahsia kerajaan ok!!! :D ( kalau nak tahu, kene dtg kenduri aku keh..hahaahhaa). Time tu, perut pun lapar ,mata pun mengantuk. Kami pun terus ke kedai makan pakcik sedara aku die . Kedai makan Minang....atau dikenali sebagai masakan Padang...he3. (nanti klo korang ke Jakarta, silalah pergi makan dikedai beliau yeh!!! )




he treats us. Sedap korang!! Mahu tak sedap, kata FREE!!!hha3


sebelum pulang, ayuhhh bergamba dahulu.
Kiri itu la, tokey kedaiiii a.k.a pakcik sedara aku :)




Ape bezanya shopping di Bandung and Jakarta?

Pendapat aku la kan, Bandung sangat seronok untuk shopping kain-kain lace , kain cotton,baju2 casual, baju2 baby, Jaket,Skirt .Cuz dekat sana banyak sangat factory outlet ( FO). Sangat Besttt!!Pasti kan, korang bawak duit lebih dan Calculator ok!!! Rambang mata. ( calculator jgn tinggal, penting sgt) .

Di Jakarta pula, sangat sesuai shopping Telekung, Kelengkapan Haji,Kain kebaya atau readymade Kebaya, wedding doorgifts, Clutch and Handbag.Kata pak supir kami, orang jakarta pun selalu ke Bandung untuk shopping

Apa-ape pun,yang paling penting, korang kene tawar harga sebijak-bijaknya. Tawar 50% from the actual price. Sebab mereka sgt bijak. Mereka suka membandingkan Ringgit kita dgn Rupiah. So, kalau ade yang tidak mahu kasi kurang, jalan saja!!! cari kedai lain. Banyak lagi kedai2 lain kannnnn....~




seperti ini, tawar menawar dgn senyuman yang manis.ececececceh!!!



Tapi yang tak best nye, aku terlupe nak beli T shirt Jakarta, untuk buat kenangan :(



To be continued: Bandung-Jakarta With Love- Day 3 ~


p/s Bandung-Jakarta With Love
Bandung-Jakarta With Love- Day 1

No comments:

Post a Comment